This is based from my experience.
Selepas saya dah minta akuan bujang kat majikan, kena balik Sabah pula untuk urus dengan wali dan dapatkan dokumen lain.
Tapi hanya boleh urus selepas pihak lelaki selesai urus dokumennya dulu sebab pihak perempuan kena sertakan sekali dokumen lelaki yang sudah lengkap.
Tunang saya kena minta cuti 1 hari saja untuk urus dokumennya. Alhamdulillah dipermudahkan.
Situasi : -
Saya asal Sabah, bekerja dan bermastautin di Putrajaya.
Tunang pula asal Sarawak, bekerja di Petaling Jaya, Selangor dan bermastautin di Putrajaya.
Tempat nikah di Sabah.
Langkah 1 (dokumen pihak lelaki) :
i. Pergi JAWI Putrajaya (tempat tinggal di Putrajaya) dapatkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.
ii. Minta Surat Akuan Bujang dengan majikan.
iii. Sediakan beberapa keping salinan IC sendiri dan pasangan (salinan mesti disahkan di JPN).
iv. Sijil Kursus Kahwin asli dan salinan.
v. Buat surat Pengesahan Tempat Tinggal bagi yang bermastautin, kemudian jumpa Imam Masjid ikut kawasan tempat tinggal untuk mengesahkan surat mastautin tu. Just in case perlu bukti tempat tinggal, bawa lah bil-bil di rumah sekali.
vi. Buat ujian HIV di Klinik Kesihatan Presint 9. Walk in terus, keputusan HIV dapat pada hari yang sama.
Selepas done semua diatas, bolehlah pergi JAWI semula untuk proses permohonan dengan caj bayaran RM5 sahaja.
LANGKAH 2 (dokumen pihak perempuan) :
i. Pergi MUIS dapatkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin.
ii. Minta Surat Akuan Bujang dengan majikan.
iii. Sediakan beberapa keping salinan IC sendiri, IC pasangan dan IC 2 orang saksi (salinan mesti disahkan di JPN).
iv. Sijil Kursus Kahwin asli dan salinan.
v. Buat ujian HIV di Klinik Luyang, Kota Kinabalu. Walk in terus, keputusan HIV dapat pada hari yang sama. Disarankan buat ujian Talasemia juga.
vi. Bagi yang ayah kandung sudah meninggal dunia, kena buat Surat Akuan Sumpah. Prosesnya, dapatkan tandatangan pesuruhjaya sumpah, beli stamp RM10 di Pejabat Pos dan minta batal di Pejabat Daerah.
Selesai sudah dokumen pihak perempuan, bawa sekali dokumen pihak lelaki ke JHAEINS untuk urus borang dengan caj bayaran RM5 sahaja. Pihak JHAEINS akan keluarkan borang baru untuk diberi kepada imam yang bakal menikahkan nanti. SETTLE!
Contoh Surat Akuan Sumpah. Boleh beli di kedai buku. |
* Surat Akuan Sumpah nie diisi oleh abang saya sebab dia yang akan jadi wali. Contoh ayatnya:
1. Saya abang kandung seibu sebapa kepada (nama saya dan No IC).
2. Bapa kandung saya telah meninggal dunia pada (tarikh).
3. Saya adalah yang terdekat untuk menjadi wali kepada (nama saya).
* Tak sempat ambil gambar Surat Pengesahan Tempat Tinggal so saya taip ja la untuk rujukan.
Kes tunang saya nie, dia tinggal dengan abangnya jadi abangnya lah kena sahkan yang tunang menetap dengan dia. Kemudian, surat tu kena disahkan lagi oleh Imam Masjid.
""""""""""""""""""""""""""""""""""
Kepada sesiapa yang berkenaan,
Tuan,
PENGESAHAN TEMPAT TINGGAL
Dengan ini saya (nama abang tunang, No IC) mengesahkan adik saya (nama tunang, No IC) tinggal di alamat (alamat penuh) selama __tahun __bulan __hari. Saya juga mengesahkan adik saya bekerja sebagai ____ di Jabatan ____.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
_____________
(Nama abang tunang)
(No telefon bimbit)
Tarikh: _________
"""""""""""""""""""""""""""
Setakat ini saja yang saya ingat dan maaf kalau ayat tunggang langgang. Inilah jadi kalau idea datang mencurah-curah.
Mudah-mudahan post ini boleh jadi rujukan untuk yang memerlukan.
Sekiranya ada sebarang kemusykilan, lebih baik call atau pergi ke Jabatan Agama Islam negeri masing2 untuk bertanyakan sendiri.
Pesanan saya bagi pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga, siapkanlah
urusan dokumen nikah awal-awal supaya lena tidur dan tidak
kelam-kabut.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment