Followers

Saturday 31 December 2011

Mari Belajar bahasa Brunei #2

Assalamualaikum... haiii..
Ini sambungan untuk post sebelum nie...
Tanpa membuang masa, teruskan membaca.. :D

Ada lagi penggunaan huruf vokal yang diubah iaitu, 'o' ke 'u' ...
Contohnya, tolong = tulung ...

Perkataan ganti diri yg biasa digunakan pula:
1) aku = saya (dalam bahasa brunei, pengunaan aku bukanlah bahasa kasar)
2) kita = kamu

Perkataan brunei yang mudah dan biasa digunakan:
1) lah = tah
2) awu = ya
3) inda = tidak
4) jua = juga
5) mun = kalau
6) miatu = begitu
7) miani = begini
8) ani = ini
8) atu = itu
9) luan = sangat
10) nanti = karang

Okey lah, nanti kan lagi sambungannya ya.. 
Sila lah praktikkan bila bercakap dengan kawan-kawan.. Lebih bagus kalau ada kawan yg tau berbahasa brunei juga.. Senang mau faham dan ingat.. hehe..

Thanx for reading ya ^.^

Thursday 29 December 2011

Mari Belajar bahasa Brunei #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Hello semua.. 

Untuk pengetahuan semua, aku nie berbangsa brunei tapi tak pernah menjejakkan kaki ke Brunei Darussalam.. hehe.. So tau la juga serba sikit bahasa brunei nie.. hehe..
Tak lah nak kata diri nie terer sangat tapi masih boleh lah juga berbual guna bahasa nie..

Usually, penggunaan huruf vokal memainkan peranan dalam melontarkan ayat..
Contoh, vokal 'e' tukar ke 'a' .. Seperti, besar=basar ..

Then, nie antara perkataan basic yg perlu diketahui..
1) bahapa = buat apa
2) mulih = balik
3) ngalih = penat
4) lakat = masih
5) berinut = minta diri
6) kalanguan = jemu
7) batah = lama
8) kamah =kotor
9) bedaur = berjalan-jalan
10)bisai = lawa

Okey la, banyak lae sebenarnya perkataan nie tapi setakat nie saja la dulu.. 
Nantikan sambungan post yang seterusnya..
Selamat Mencuba!!

Thanks for reading.. :]