Followers

Friday 20 July 2012

Tips Soalan Temuduga SPA


Seperti yang aku nyatakan di post sebelum2 nie, aku mau bagi tips tentang soalan yang bakal di tanya bila hadiri temuduga SPA..

Soalan :
1. Ceritakan latar belakang diri anda.

2. Hafal nama Yang Di-pertuan Agong , Perdana Menteri & timbalannya.

3. Hafal nama menteri & timbalannya dan carta organisasi (cth:Ketua Pengarah, Setiausaha dll) dari kementerian (mengikut jawatan yang dipohon).

4. Apa visi, misi dan fungsi kementerian.

5. Nyatakan tugas mengikut jawatan yang dipohon.

6. Apakah kempen-kempen atau aktiviti yang dianjur oleh kementerian.

7. Kenapa anda berminat bekerja dengan kementerian ini.

8. Apa kelebihan diri anda.

9. Hafal alamat laman web kementerian.

10. Apa persiapan yang dilakukan sebelum menghadiri temuduga.

Ini lah 10 soalan yang aku di tanya sebenarnya semasa aku hadiri kedua-dua temuduga SPA.
Apa pun, kamu jangan lah nervous gila dan jangan tunjuk kelemahan diri kamu.
Pastikan kalau kamu mau cerita biar yang ada kaitan juga dengan jawatan or kementerian tu.
Bulan Ogos nie baru ada keluar keputusan sama ada diterima kerja atau tidak.
Mudah-mudahan lah aku dapat sebab aku sangat memerlukan pekerjaan sekarang.
Okey lah, sekian.